Anwar mahu pelaku kekecohan Kongres AMK dipecat

Kongres Nasional AMK 2019 dicemari dengan pergaduhan di MITC Ayer Keroh pagi tadi. - Foto: Sharifudin Abdul Rahim
Kongres Nasional AMK 2019 dicemari dengan pergaduhan di MITC Ayer Keroh pagi tadi. - Foto: Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta untuk mengambil tindakan pemecatan kepada pelaku yang bertanggungjawab dalam insiden kekecohan di Kongres Angkatan Keadilan Muda (AMK) 2019.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perlakuan biadab itu tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan tegas.

"Saya juga mohon kerjasama pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anwar, beliau telah menerima laporan mengenai insiden tersebut.

No Image Caption

Pagi tadi, Kongres AMK dan Wanita yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) digemparkan dengan pertengkaran di luar dewan dengan melibatkan kekasaran fizikal antara sayap pemuda dan pemerhati.

Pergaduhan itu difahamkan terjadi apabila pemuda AMK tidak berpuas hati terhadap pemerhati yang memenuhi ruangan dewan sehingga menyebabkan perwakilan tidak dapat mendengar ucapan dasar program berkenaan.

Dipercayai situasi tegang itu berlaku selepas perwakilan AMK mendesak pemerhati untuk segera pulang meninggalkan dewan itu bagi memberi peluang kepada yang hadir dalam kongres berkenaan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Berdasarkan yang sempat dirakam wartawan Sinar Harian, berlaku aksi jerit-menjerit dengan kata-kata kesat selain bertolak sesama sendiri.

Tidak lama selepas itu, situasi bertukar menjadi ganas apabila aksi bertumbuk antara satu sama lain sekali gus menyebabkan beberapa orang tercedera akibat dilempar batu.