X

Kindly register in order to view this article
!

Air mata Anne Ngasri...

Anne Ngasri tidak dapat menahan sebak ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2019 hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A

KUALA LUMPUR - Air mata Datin Naszirah Ngasri atau lebih dikenali Anne Ngasri mengalir tatkala beliau berucap pada sesi Perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2019 di sini petang tadi.

Beliau tidak dapat menahan sebak ketika menyatakan harapannya mahu melihat semua ahli UMNO berusaha memodenisasikan parti melalui politik ketahanan dan politik berimbang.

“Inilah harapan saya...(terhenti seketika, suara semakin sebak). Walaupun saya datang dari dunia lain, masuk ke dunia politik tapi saya sangat yakin.

“Selagi obor perjuangan dipegang, selagi kita menghormati semua, kita pasti kekal bersama perjuangan UMNO.

“Saya nak ucap terima kasih kepada seluruh keluarga dan adik-beradik saya yang menjadi pendokong...” katanya yang kemudian berhenti seketika kerana tidak dapat menahan sebak.

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin secara spontan cuba memujuk dan berkata: “Janganlah sedih.”

“Sebab berpolitik ini lebih mencabar dari berlakon sebenarnya,” jawab Anne yang kemudian mengesat air matanya sebelum menyambung ucapan.

Sementara itu, dalam ucapan sama, wakil Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang itu mendakwa rakyat kini tidak gembira dengan kerajaan sekarang.

“Laporan agensi dari PBB (Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu) berkaitan Indeks Kebahagiaan Dunia 2019 menunjukkan Malaysia jatuh dari tangga 35 pada tahun 2018 hingga ke 80 tahun ini daripada lebih 150 negara.

“Ini bukti rakyat tak gembira dengan kerajaan sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Muafakat Nasional merupakan kemenangan semua dan seluruh rakyat.

“Pergerakan Puteri akan berusaha menjadikan Muafakat Nasional sebagai trend dan ‘brand’ anak muda.

“Saya percaya anak muda akan bersama Muafakat Nasional,” katanya.