Remaja maut, kembar cedera parah

Pasangan kembar yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan Muhammad Najib (dalam bulatan). - Foto ihsan pembaca
Pasangan kembar yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan Muhammad Najib (dalam bulatan). - Foto ihsan pembaca
A
A
A

TAIPING - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut manakala kembarnya, parah dalam nahas membabitkan dua motosikal di KM1.1, Jalan Changkat Jering-Taiping di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.35 tengah malam itu, Muhammad Najib Muhammad Fakri berasal dari Kampung Sungai Petai, Bukit Gantang di sini meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kembarnya, Muhammad Nabil cedera parah.

Menurutnya, seorang lagi penunggang motosikal, P Morhintheran, 23, turut disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Siasatan awal mendapati pasangan kembar terbabit yang menunggang Modenas Kriss dalam perjalanan dari Markas Operasi Pas Bukit Gantang dipercayai menghala pulang ke rumahnya.

“Morhintheran yang menunggang Yamaha Lagenda pula dari arah bertentangan. Kemalangan itu berlaku apabila motosikal Modenas Kriss bertembung dengan penunggang kedua di tengah jalan,” katanya.

Osman berkata, ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke Hospital Taiping sebelum dua penunggang terbabit disahkan meninggal dunia di wad kecemasan.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Artikel Berkaitan:

“Kedua-dua kenderaan yang mengalami kerosakan keseluruhan disita bagi tujuan pemeriksaan pihak Puspakom,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.