X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

Amaran cuaca buruk di Sarawak sehingga esok

A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca buruk di Sarawak sehingga esok selain hujan lebat di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga Selasa depan.

MetMalaysia menerusi Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional dalam kenyataannya memaklumkan hujan lebat dan cuaca buruk di Sarawak akan berlaku di Kuching, Serian dan Samarahan selain di Sri Aman, Betong dan Sarikei.

Kenyataan itu turut mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada bagi Dungun dan Kemaman di Terengganu dan di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang kerana hujan lebat dijangka berlaku sehingga Selasa.

Amaran cuaca peringkat waspada itu turut melibatkan beberapa daerah di Johor iaitu Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!