X

Kindly register in order to view this article
!

Bot karam, nelayan dikhuatiri lemas

Gambar hiasan
A
A

DUNGUN - Seorang nelayan hilang selepas bot kayu yang dinaiki bersama dua rakannya untuk turun ke laut menangkap ikan karam di muara Sungai Dungun awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, dalam kejadian itu, Mohd Fadhil Jusoh, 39, dan Mohamad Ekhsan Kamaruddin, 32, berjaya menyelamatkan diri dengan berenang sendiri ke pantai sambil berpaut pada tong minyak manakala Afandi Zakaria, 42, terus hilang.

"Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan kesihatan memandangkan salah seorang daripada mereka menghidap penyakit darah tinggi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan ketika ini, empat anggota bomba telah turun ke laut untuk operasi mencari di permukaan air.

Sementara itu isteri Afandi, Noor Azura Abdul Aziz, 38, berharap suaminya dapat ditemui segera dengan selamat.

"Dah seminggu suami saya tak turun ke laut, malam semalam dia ada cakap nak ke laut kalau cuaca baik pagi ini.

"Lepas subuh tadi dia keluar rumah tapi saya tak sempat berbual dengannya, hanya terdengar bunyi enjin motosikal keluar rumah,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia antara setahun setengah dan 14 tahun. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!