Dua individu direman bantu siasatan kes wanita dibunuh

No Image Caption
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang lelaki dan wanita direman bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang wanita di sebuah rumah flat di Jalan Tembusu di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, suspek masing-masing berusia 23 dan 25 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 Disember ini.

"Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

"Buat masa ini polis juga sedang menyiasat kaitan dan hubungan antara kedua-dua suspek dan mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, mayat wanita berusia 51 tahun berkenaan ditemui kira-kira jam 6.15 petang di sebuah rumah dalam keadaan terlentang dengan beberapa kecederaan.

“Ketika polis tiba di kediaman berkenaan, wanita itu ditemui di ruangan dapur dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat kecederaan parah.

“Hasil pemeriksaan kemudiannya mendapati tubuh wanita itu turut mempunyai beberapa kesan luka di bahagian tangan dan badan dipercayai akibat kesan tetakan senjata tajam,” katanya.

Artikel Berkaitan: