Banjir di Kelantan makin pulih

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Gelombang pertama banjir di Kelantan semakin baik dengan jumlah mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan kepada 5,106 orang setakat jam 6 petang tadi.

Mengikut portal ebanjir.kelantan.gov.my, setakat ini kekal dua jajahan masih terjejas iaitu di Pasir Mas dan Tumpat yang mana kesemua 1,948 keluarga berada di 15 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah mangsa di Pasir Mas masih paling ramai dengan 2,797 orang melibatkan 1,119 keluarga berada di lapan PPS.

Di Tumpat pula seramai 2,309 mangsa terdiri daripada 829 keluarga masih ditempatkan di tujuh PPS yang dibuka berikutan banjir termenung.

Sementara itu, dua sungai masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada bacaan 9.34 meter (bahaya 9m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu pula 2.51m (bahaya 2.50m).

Tujuh sungai lain iaitu Sungai Galas di Dabong, Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Tangga Krai, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Sungai Golok di Jenob dan Sungai Semerak di Pasir Puteh berada di paras normal.

Artikel Berkaitan: