Sila log masuk terlebih dahulu.

Selendang sutera warisan bangsawan Kelantan makin pupus

22 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 22 APRIL 2023

Kelingkan ialah selendang sutera sifon bersulam benang logam keemasan yang digayakan oleh kenamaan, kerabat dan bangsawan di Kelantan, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Adila Sharinni Wahid.

Kelingkan turut dipakai oleh mempelai ketika bersanding di atas pelamin bagi membangkitkan lagi seri wajah si pemakai.

Malangnya, penghasilan kelingkan yang bernilai ribuan ringgit itu semakin hari semakin diancam kepupusan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Adventure dari www.bensound.com

Sumber Foto: Meglens/Kotak hati

#BeritaSemasa #SinarHarian