'Ayah teruja pengikut Instagram bertambah'

Ciapan Endang Hyder di Twitter tular menyebabkan ramai yang mula mengikuti Instagram bapanya. Sehingga kini bapanya sudah mengumpul lebih 4,000 pengikut di Instagram miliknya.
Ciapan Endang Hyder di Twitter tular menyebabkan ramai yang mula mengikuti Instagram bapanya. Sehingga kini bapanya sudah mengumpul lebih 4,000 pengikut di Instagram miliknya.
A
A
A

KAMPAR - Hanya dalam tempoh dua hari, seorang bapa memperoleh pengikut di laman Instagram mencecah lebih 4,000.

Penambahan jumlah itu susulan anaknya, Ell Zain Hyder atau Endang Hyder berkongsi keterujaan bapanya menerima satu pengikut (followers) selepas memuat naik lagu ulang tahun di Instagram (IG) miliknya.

"Ayah teruja sebab lepas tag lagu ulang tahun di IG, pengikut dia tambah satu, jadi hari ini dia minta saya promosi Instagramnya.

"Dan sekarang saya minta warga Twitter untuk mengikutinya di Instagram sekali gus membuatkan dia gembira," ciap Endang Hyder.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen dan menyifatkan bapanya seorang yang comel serta menghiburkan.

Netizen juga memberi sokongan dengan mengikuti Instagram @zainuddinottok yang sehingga kini mencecah 4,513 pengikut.

Menerusi bebenang, netizen juga meminta bapanya untuk bermain saxophone selain berkongsi pengalaman aktiviti pendakian.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, @zainuddinottok merupakan bekas pensyarah bahasa Inggeris dan kini masih berjinak-jinak dalam dunia alam maya.

"Saya dah maklum kepada ayah, dia tengah belajar lagi nak balas komen peminatnya," kata Endang Hyder menjawab pertanyaan netizen yang mengingatkan ayahnya untuk memberi reaksi pada setiap komen di Instagram.

Kata @shahirYusof98, "Etot sila cakap dekat ayah jangan lupa balas semua komen di IG dia tu ya? Kami semua dah bagi kerjasama, sila berbuat demikian haha."

Sehingga kini ciapan Endang Hyder meraih lebih 4,800 ulang ciap dan lebih 6,500 tanda suka daripada netizen.