Kementerian Pendidikan tidak kompromi pihak langgar Perlembagaan

Tular satu klip video yang memaparkan nyanyian lagu Negaraku oleh sekumpulan murid sekolah rendah dalam bahasa Mandarin.
Tular satu klip video yang memaparkan nyanyian lagu Negaraku oleh sekumpulan murid sekolah rendah dalam bahasa Mandarin.
A
A
A
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan negara sama ada secara sengaja atau tidak.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil maklum mengenai penyebaran video murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku yang diubah ke bahasa Mandarin yang tular di media sosial.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan berkaitan isu ini yang berlaku di beberapa sekolah lain,” kata kenyataan itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Lagu Negaraku sudah diwartakan, tidak boleh diubah'

Tular satu klip video yang memaparkan nyanyian lagu Negaraku oleh sekumpulan murid sekolah rendah dalam bahasa Mandarin.
Artikel Berkaitan:


Rakaman berdurasi seminit 23 saat itu memperlihatkan kira-kira 20 orang murid berdiri menyanyikan lagu Negaraku di dalam sebuah bilik darjah, namun liriknya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana kejadian itu berlaku.