X

Kindly register in order to view this article
!

'Kenapa Akmal tak ikut nasihat presiden, timbalan?'

Mizan Adli mengadakan sidang media di luar dewan selepas dihalang memasuki dewan bersama lebih 100 perwakilan lain.
A
A

MELAKA - Bekas Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mizan Adli Mohd Noor bersama lebih 100 perwakilan yang tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan bagi mengikuti sesi perbahasan dasar dan usul sayap parti itu pagi tadi.

Mizan Adli berkata, beliau dan perwakilan lain hadir ke kongres berkenaan selepas melihat hasil pertemuan antara presiden dan timbalan presiden parti sehari sebelum kongres berlangsung.

Menurutnya, malang buat mereka apabila dihalang memasuki dewan dengan alasan mereka tidak mematuhi etika pemakaian iaitu baju Melayu lengkap bersamping.

"Ini tiada dalam ketetapan dan kami dihalang masuk. Kami semua ada tag perwakilan. Itulah berlakunya kekecohan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongres AMK kecoh gara-gara tak pakai samping

Hubungan dengan Anwar baik, positif, kata Azmin

"Saya sebelum ini sebagai pengerusi tetap dan dilucutkan jawatan seminggu sebelum kongres tanpa apa-apa mesyuarat.

"Saya anggap Akmal (Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir) tidak mengikut nasihat dan semangat presiden serta timbalan presiden," katanya kepada media di luar dewan Klasik Ballroom Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Mizan berkata, Kongres AMK itu tidak sah kerana berlangsung tanpa kehadirannya di dalam dewan.

Menurutnya, pada awalnya beliau berjaya memasuki dewan selepas dibantu perwakilan lain yang merempuh pintu dewan.

"Selepas saya masuk ke dalam, saya dianjak keluar dan dipukul di dalam, terus keluar.

"Mana keadilan suara-suara perwakilan yang lain? Adakah Akmal menggunakan gengsterisme? Kami tidak buat apa-apa.

"Sebarang keputusan jawatan-jawatan tersebut, seharusnya dimuktamadkan di dalam kongres tapi saya tidak dibenarkan masuk ke dalam kongres," katanya.

Mizan turut mempertikaikan kehadiran sejumlah besar kumpulan pemerhati termasuk dalam kalangan remaja sekolah yang memenuhi ruang dewan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!