X

Kindly register in order to view this article
!

Angkat lebih ramai wanita sebagai calon wakil rakyat

Haniza menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Wanita PKR 2019 di MITC hari ini. -Foto: Sharifudin Abdul Rahim
A
A

MELAKA - Sayap wanita PKR mempunyai ramai ahli muda berkaliber dan sangat sesuai untuk diangkat sebagai calon wakil rakyat pada masa akan datang.

Ketuanya, Haniza Mohamed Talha berkata, pihaknya sangat menekankan kepentingan memberi ruang dan peluang buat wanita terutamanya wanita muda berumur 35 tahun ke bawah untuk diangkat menjadi pemimpin.

Menurutnya, antara satu teras yang diperjuangkan wanita adalah mewujudkan lebih ramai pemimpin wanita dan sesuai dengan tema Kongres Wanita Keadilan 2019 iaitu Kepimpinan Wanita: Kepimpinan Untuk Semua, pihaknya mahu mengiktiraf dan membuktikan wanita sebagai kepimpinan yang berwibawa, berkesan dan berkualiti.

"Penglibatan wanita di medan politik telah bertambah meskipun belum mencapai sasaran 30 peratus dan pencalonan kaum wanita daripada Pakatan Harapan semasa PRU14 juga ternyata jauh lebih ramai daripada parti-parti pembangkang dan ini menunjukkan keazaman kita dalam mengangkat kaum wanita sebagai pemimpin.

"Oleh itu Wanita PKR akan terus mara membawa wanita melangkah ke depan dengan menyediakan barisan pimpinan wanita yang berkelayakan dan berkebolehan sebagai pelapis," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Kongres Tahunan Wanita Keadilan 2019.

Haniza berkata, setakat ini beberapa tokoh wanita daripada PKR telah diangkat untuk mengisi jawatan penting dalam kepimpinan negara antaranya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jelasnya, ia menunjukkan penglibatan wanita dalam peringkat kepimpinan negara semakin bertambah dan sedang mengikut tren dunia di mana wanita diterima dan dihormati oleh masyarakat.

Sementara itu Haniza berkata, pihaknya juga mengesyorkan agar peningkatan jumlah Senator wanita dibuat bagi memberi kesan optima dalam Dewan Negara.

Katanya, setiap satu lantikan daripada dua lantikan Senator Dewan Negara daripada setiap negeri perlu dari kalangan pimpinan wanita.

"Wanita perlu diberi peluang bersaing secara saksama dengan lelaki, dalam perangkaan sistem demokrasi yang sebenar.

"Kita berharap agar kerajaan akan mengambil langkah gagah ini dalam memperdayakan wanita melalui bidang politik," katanya


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!