SSM lancar aplikasi semakan dokumen digital lebih telus

Rosniwati menunjukkan aplikasi SSM QR Code Reader yang boleh dimuat turun daripada Google Play (Android) yang menyediakan perkhidmatan semakan dokumen digital lebih telus. - Foto ROSLI TALIB
Rosniwati menunjukkan aplikasi SSM QR Code Reader yang boleh dimuat turun daripada Google Play (Android) yang menyediakan perkhidmatan semakan dokumen digital lebih telus. - Foto ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyediakan perkhidmatan semakan dokumen digital lebih telus menerusi Digital Certified True Copy (DCTC) QR Code Reader dan DCTC Web Checker.

Ketua Unit Pembangunan Produk SSM, Rosniwati Hussin berkata, inovasi baharu itu dibangunkan sendiri oleh SSM bagi menggantikan secured QR Code Reader Pos Digicert dan Mydata CTC Checker yang sebelum ini dikendalikan oleh syarikat swasta untuk SSM sejak 2016.

Menurutnya, DCTC QR Code dan DCTC Web Checker yang dilancarkan pada 11 November lalu memudahkan badan korporat, entiti perniagaan dan syarikat.

“Platform tersebut boleh digunakan untuk menyemak dan membuat pengesahan salinan dokumen yang diperakui sah secara digital yang diserahkan oleh orang ramai kepada mereka.

“Sebagai contoh, apabila orang ramai datang ke bank atau mana-mana agensi kerajaan untuk membuat permohonan pinjaman atau tender, mereka perlu mengemukakan bersama salinan dokumen atau maklumat syarikat/perniagaan yang dibeli daripada SSM.

“Jadi, pihak bank atau agensi terlibat yang ingin membuat pengesahan atau semakan bagi memastikan kesahihan maklumat tersebut, mereka tidak perlu menghubungi SSM sebaliknya boleh semak secara terus menerusi platform digital yang kita bangunkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Rosniwati berkata, aplikasi SSM QR Code Reader boleh dimuat turun daripada Google Play (Android) dan peranti App Store (iOS) atau boleh menggunakan SSM Web Checker melalui pautan https //ssm4u.com.my bagi menyemak SSM DCTC dokumen/produk syarikat atau perniagaan.

Menurutnya, menerusi platform berkenaan, orang ramai atau pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan salinan diperakui sah secara digital yang turut dilengkapi dengan tandatangan digital SSM.

Artikel Berkaitan:

“Selepas hampir sebulan dilancarkan, SSM kini mempunyai lebih 500 pengguna SSM QR Code Reader bagi Android dan kami berharap jumlah tersebut akan bertambah.

“Diharap platform baharu ini dimanfaatkan oleh lebih ramai pihak. Teknologi atau platform semakan maklumat atau dokumen korporat syarikat serta perniagaan digital ini hanya dipelopori SSM buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya optimis pelanggan akan berasa lebih yakin dan selamat kerana semua maklumat tersebut adalah yang disimpan daripada pangkalan data SSM sendiri.

Lebih penting, katanya, platform itu dapat membantu memudahkan proses agensi yang terlibat membuat pertimbangan untuk melihat kelaya-

kan sesebuah syarikat dari segi kewangan dan latar belakang penubuhan termasuk aktiviti.

Semakan yang boleh dibuat terdiri daripada dua kategori iaitu salinan dokumen syarikat/perniagaan, sijil dan borang yang dihantar kepada SSM serta maklumat profil syarikat seperti latar belakang, sejarah penubuhan syarikat, siapa pemilik perniagaan, penyata kewangan dan sebagainya.