Menyamar pemandu ambulans, pesakit untuk edar ganja

Polis di negeri Chhattisgarh menahan sekumpulan empat lelaki yang mengedar ganja menggunakan ambulans.
Polis di negeri Chhattisgarh menahan sekumpulan empat lelaki yang mengedar ganja menggunakan ambulans.
A
A
A

RAIPUR - Tindakan sekumpulan pengedar dadah di tengah India menyamar sebagai pemandu ambulans, kakitangan hospital dan pesakit akhirnya berjaya dihidu pihak berkuasa.

Taktik licik penjenayah terbabit terbongkar selepas ambulans dinaiki mereka ditahan dalam satu sekatan jalan raya di negeri Chhattisgarh.

Lapor media tempatan, polis di daerah Kodagaon menahan ambulans terbabit selepas curiga dengan nombor plat kenderaan tersebut yang didaftarkan di negeri Haryana yang terletak di bahagian utara India.

Pada mulanya, gimik dilakukan kumpulan terbabit berjaya mengaburi mata polis.

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan lanjut kumpulan terbabit sebenarnya membawa ganja seberat kira-kira 40kg yang dibungkus dan disorok di bahagian dalam kenderaan tersebut.

"Semasa pemeriksaan dijalankan, kami menemui empat lelaki yang menyamar sebagai pemandu ambulans, pesakit dan atendan hospital.

"Mereka cuba memperdaya pihak berkuasa dengan harapan kegiatan haram mereka tidak dapat dikesan," kata jurucakap polis, Kapil Chandra. - Agensi

Artikel Berkaitan: