X

Kindly register in order to view this article
!

Jokowi dinamakan Tokoh Asian 2019

Jokowi. - Foto AFP
A
A

JAKARTA - Akhbar Singapura, Straits Times menamakan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi sebagai Tokoh Asian 2019 untuk ketangkasan dan kebijaksanaannya mengemudi arus politik dan hal ehwal antarabangsa.

Tahun ini adalah tahun mencabar buat bekas Gabenor Jakarta itu di mana beliau menang selesa pada pilihan raya April lalu namun berdepan rusuhan pengundian, desakan Papua yang menuntut pentadbiran sendiri sehinggalah protes pelajar besar-besaran sejak tahun 1998 terhadap beberapa polisi yang dikeluarkan pentadbirannya.

Keputusan diumumkan hari ini dan editornya menyifatkan personaliti rendah diri, kebolehan berhubungan dengan penduduk dan empati dengan rakyat biasa membuatkan Jokowi dikagumi ramai.

Straits Times turut memuji keupayaan Jokowi berfikir di luar kotak dan bergelut dengan segala cabaran strategik yang dihadapi negara dan rantau itu.

Menerusi ciapan di Twitter miliknya, Jokowi berkata, penghormatan yang diterima bukan hanya buat dirinya malah untuk semua rakyat Indonesia.

Tahun lalu, Tokoh Asian 2018 dianugerahkan kepada The First Responders, sebuah kumpulan dan organisasi yang membantu ketika bencana kebangsaan.

Antara pemenang lain yang pernah menerima anugerah itu termasuk bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden China, Xi Jinping. - Foto AFP