X

Kindly register in order to view this article
!

KAFA kenal pasti awang import perkuat TRW

A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sudah mengenal pasti beberapa pemain import, untuk memperkuatkan skuad The Red Warriors (TRW), bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Presiden KAFA Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata, antara yang berada dalam radar mereka termasuklah beberapa pemain dari Nigeria, Kyrgystan, Liberia dan Senigal, yang dilihat mampu membantu menaikkan semula imej bola sepak Kelantan dalam Liga Premier.

“Di samping mengenal pasti pemain import, KAFA turut mengintai beberapa pemain tempatan, yang sudah melakar nama dalam Liga M musim ini, untuk dibawa ke TRW... sekurang-kurangnya dua, manakala sebahagian besar pemain pada musim ini terus dikekalkan.

"Nama pemain tersebut akan diumumkan dalam tempoh terdekat, selepas kami meneliti semua senarai cadangan yang dikemukan ketua jurulatih Kelantan Yusri Che Lah pada mesyuarat ahli jawatankuasa eksekutif KAFA, 15 Disember ini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan tajaan Rasniaga Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Wan Abd Rahim merakamkan penghargaan kepada pihak Rasniaga Sdn Bhd yang menjadi penaja utama skuad Kelantan dengan jumlah tajaan bernilai RM100,000.

"Terima kasih kepada pihak Rasniaga di atas penajaan kepada skuad The Red Warriors dan juga sudi menaja sebuah motosikal, sebagai hadiah cabutan bertuah untuk pembeli tiket semusim.

"Peminat bola sepak negara bukan sahaja bakal menyaksikan barisan pemain yang baharu malah berpeluang memenangi motosikal tersebut menerusi pembelian tiket yang akan dijual bermula bulan hadapan", katanya.

The Red Warriors kekal dalam saingan Liga Premier musim 2020, selepas menamatkan saingan liga di kedudukan kedua terakhir daripada keseluruhan 11 pasukan pada musim ini. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus