[VIDEO] Lelaki cacat mental mampu hafal ayat al-Quran

Mohammad Abdullah fasih membaca ayat suci al-Quran walaupun mengalami kecacatan mental.
Mohammad Abdullah fasih membaca ayat suci al-Quran walaupun mengalami kecacatan mental.
A
A
A

RIYADH - Meskipun mengalami kecacatan mental, tidak boleh membaca, menulis namun ALLAH SWT mengurniakan kelebihan buat lelaki ini apabila fasih menghafal ayat suci al-Quran.

Klip video durasi 1 minit 32 saat yang tular membuatkan netizen kagum kegigihan lelaki bernama Mohammad Abdullah Al Qarni.

Kisah itu dimuat naik oleh Swaid Alharthi di Youtube memperdengarkan Mohammad Abdullah membaca ayat Kursi sambil dibantu oleh ahli keluarganya.

Memetik laporan Mvslimfeed, disebabkan kekurangan pada dirinya, Mohammad Abdullah tidak pernah ke sekolah dan hanya menghabiskan sisa hidupnya di atas katil Hospital.

Mohammad Abdullah fasih membaca ayat suci al-Quran walaupun mengalami kecacatan mental.
Mohammad Abdullah fasih membaca ayat suci al-Quran walaupun mengalami kecacatan mental.

Dia sedang menjalani rawatan di Hospital Perubatan Raja Fahad di Riyadh kerana memerlukan sokongan, penjagaan dan bantuan yang rapi daripada pihak perubatan.

Bagi mengisi masa lapangnya, dia hanya menghafal al-Quran dengan kaedah mendengar.

Menurut abangnya, Mohammad Abdullah merupakan anak yatim piatu kini mengalami masalah patah tulang pinggul dan saluran air kencing sekali gus menyukarkan pergerakannya mengakibatkan dia hanya terbaring di atas katil.

Artikel Berkaitan:

Memiliki kesungguhan dan tidak kenal erti putus asa, Mohammad Abdullah tanpa mengeluh mempelajari ayat al-Quran sebagai usaha untuk terus berjuang dalam kehidupannya.

LINK VIDEO