Atlet wushu gembira dalam duka

Edgar menangis tatkala menerima berita kematian bapanya sejurus selesai menerima pingat emas.
Edgar menangis tatkala menerima berita kematian bapanya sejurus selesai menerima pingat emas.
A
A
A

TIADA kata-kata mampu diungkapkan selain titisan air mata setelah mengetahui insan tersayang meninggal dunia.

Situasi tersebut dialami atlet wushu Sukan SEA 2019 apabila kehilangan ayahnya ketika sedang beraksi cemerlang di gelanggang wushu hingga memperoleh dua pingat emas buat negaranya Indonesia.

Kisah itu dikongsi di Twitter Carlos Yulo.ily dengan memberitahu, "Ayah atlet Indonesia ini meninggal dunia sebelum dia beraksi, betapa sedihnya bila menerima berita itu. Bagaimanapun, Edgar Xavier Marvelo memenangi pingat emas dalam acara Gunshu dan Daoshu lelaki."

No Image Caption

Menerusi Facebook SEA Games 2019, berita kematian bapanya hanya dimaklumkan sejurus atlet itu selesai beraksi.

Ia bagi mengelakkan konsentrasinya terganggu, sekali gus tidak mampu beraksi cemerlang.

Bagaimanapun, apabila mendapat berita sedih itu, Edgar Xavier Marvelo menangis tanpa henti dan mendedikasikan kemenangan itu kepada bapanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Kisah pilu untuk mendapat perhatian peminatnya yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya dan berharap dia tabah dalam menghadapi dugaan itu.

"Turut berduka. Bangga dan terima kasih," ciap @ajudakusa.

Kata @Nurika, "Turut berduka untuk Edgar dan keluarga, yang (tetap) kuat Edgar. Selamat atas pingat emasnya dan semangat. Ayahmu pasti bangga."

This Indonesian athlete's father passed away right before he performed. How sad must it be for him. Nevertheless, Edgar Xavier Marvelo won gold in Men's Gunshu Event.

Condolences #2019SEAGames#WeWinAsOnepic.twitter.com/LfxLW73uEv

— carlos yulo. ily. (@faithbeatyler) December 3, 2019