X

Kindly register in order to view this article
!

Penyanyi Korea, Kang Daniel alami kemurungan

Penyanyi Korea Selatan, Kang Daniel
A
A

PENYANYI Korea Selatan, Kang Daniel mengumumkan untuk berehat seketika dari dunia seni kerana mengalami kemurungan dan gangguan panik (panic disorder).

Perkara itu disahkan oleh agensi Kang Daniel iaitu KCONNECT Entertainment dikhabarkan penyanyi itu mengalami masalah kesihatan, lapor Soompi.

“Kang Daniel telah pergi hospital selepas mengalami masalah kesihatan disebabkan sistem imunisasi lemah selain keresahan. Sejurus pemeriksaan terperinci, dia disahkan mengalami kemurungan dan gangguan panik.

“Disebabkan itu, dia perlu fokus kepada rawatan psikoterapi dan pengambilan ubat berterusan,” kata agensinya.

KCONNECT juga memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan perkara luar jangkaan ini.

Agensi itu menjelaskan alasan utama mereka tidak lain mendahulukan kesihatan artis naungan terbabit.

“Kami terpaksa batalkan prarakaman Show Champion yang sepatutnya dibuat hari ini (semalam).

"Dia tidak mampu menjayakan aktiviti seni sekarang dalam keadaan yang normal dan amat sukar untuknya mempromosikan single terbaharunya, Touchin. Ternyata perkara itu hanya tambah memudaratkan keadaannya.

“Kami benar-benar memohon maaf kepada peminat, stesen penyiaran, media dan semua pihak atas berita mengejut ini. Kami akan berbuat sehabis baik untuk memastikan Kang Daniel kembali sihat,” ujar agensi.

Dalam pada itu, agensinya turut meminta semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap berita berkenaan.

"Kami akan memberitahu keadaan kesihatan Kang Daniel dari semasa ke semasa dan diharapkan tiada timbul spekulasi yang boleh memburukkan keadaan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!