Pertemuan bekas ahli PKM tambah 'luka lama' rakyat

Pertemuan bekas ahli kumpulan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam satu majlis baru-baru ini.
Pertemuan bekas ahli kumpulan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam satu majlis baru-baru ini.
A
A
A

BESTARI JAYA - Pertemuan bekas ahli kumpulan Parti Komunis Malaya (PKM) tidak wajar diadakan dan hanya menimbulkan 'luka lama' kepada rakyat di negara ini.

Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, penjajahan komunis merupakan sejarah hitam dan berdarah suatu ketika dahulu.

"Mereka yang menimbulkan kembali perkara ini saya kira mereka perlu melihat kembali bahawa sejarah hitam ini yang telah melukakan banyak pihak.

"Apa perlunya pihak terbabit menimbulkan sejarah luka ini yang mengguris hati rakyat di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis Perasmian 'Food Vallet' Unisel dan Muzium Perlombongan Bijih Timah Batang Berjuntai di Unisel Bestari Jaya di sini hari ini.

Mohammad Redzuan berkata, pihak terbabit tidak seharusnya mengimbau sejarah pahit negara menangani ancaman komunis.

"Sebagai sebuah negara yang bergerak ke depan tidak sepatutnya (bekas ahli PKM) menimbulkan luka lama.

"Biarkan sejarah hitam ini berlaku dan kita lihat ke hadapan," katanya.

Artikel Berkaitan: