Jurutera maut langgar tayar treler terbang

Mangsa tidak sempat mengelak sebelum melanggar tayar lori yang tercabut ketika sedang bergerak.
Mangsa tidak sempat mengelak sebelum melanggar tayar lori yang tercabut ketika sedang bergerak.
A
A
A

KLANG - Seorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar tayar lori yang tercabut sebelum merempuh besi penghadang di Kilometer 21.8 Lebuhraya Kesas, di sini, tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, mangsa Nazarudin Yahya, 27, maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ketika melalui lebuh raya terbabit mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dipercayai telah terlanggar tayar lori yang tercabut.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak ke besi penghadang jalan.

No Image Caption

"Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Tambahnya, mangsa yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak di Pulau Indah itu dikatakan dalam perjalanan ke Mahkamah Shah Alam atas urusan tertentu.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.