Foto polis wanita duduk atas pelajar dikecam

Netizen menyifatkan tindakan polis wanita yang duduk di atas remaja terbabit sebagai tidak berperikemanusiaan.
Netizen menyifatkan tindakan polis wanita yang duduk di atas remaja terbabit sebagai tidak berperikemanusiaan.
A
A
A

HONG KONG - Sekeping gambar menunjukkan seorang polis wanita bertopeng yang duduk di atas seorang pelajar perempuan menjadi tular di media sosial sekali gus mencetuskan kritikan dalam talian.

Remaja berusia 14 tahun yang memakai pakaian seragam sekolah itu dipercayai salah seorang daripada empat pelajar yang ditahan di persimpangan Jalan Ma Tau Wai dan Jalan Tam Kung di To Kwa Wan kira-kira jam 7.15 pagi (waktu tempatan) semalam.

Menurut polis, remaja terbabit cuba melarikan diri dengan bantuan daripada seorang lelaki.

"Remaja tersebut bersama tiga lagi pelajar lelaki berusia 15 tahun adalah antara kumpulan yang membina sekatan dengan kon trafik sebelum pasukan detektif bertopeng yang memakai pakaian biasa menahan mereka.

"Pegawai merampas cat semburan, baton, topeng muka dan sarung tangan suspek yang merupakan pelajar dari sebuah sekolah menengah berhampiran," katanya.

Selain menyifatkan tindakan polis duduk di atas remaja berkenaan sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan, netizen turut mendakwa polis Hong Kong kini telah menjadi semakin ganas. - Agensi

Artikel Berkaitan: