X

Kindly register in order to view this article
!

Bercerai melalui WhatsApp sah jika diserta dengan niat: Mufti WP

Zulkifli
A
A

SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa sebarang lafaz talak yang dibuat melalui aplikasi WhatsApp adalah sah sekiranya ia disertakan dengan niat.

Katanya, sebarang lafaz talak kinayah yang telah dibuat melalui komunikasi moden yang turut disertakan dengan niat daripada pihak suami dikategorikan sebagai sah.

"Talak dalam bentuk tulisan yang jelas dan mudah difahami melalui faksimili, SMS dan emel adalah sah sekiranya suami betul-betul mempunyai niat untuk berbuat sedemikian.

"Talak yang diucapkan melalui aplikasi pesanan ringkas dikategorikan sebagai berita yang mendatangkan keraguan sama ada benar atau tidak, oleh itu pihak suami akan ditanya niat sebenarnya jika betul maka jatuh talak ini," katanya dalam ruangan Al-Khafi li al-Fatawi: 1014 bertajuk 'Cerai Menggunakan Aplikasi WhatsApp'.

Dalam pada itu Zulkifli berkata, berpegang kepada majoriti ulama bahawa hukum seorang lelaki menceraikan isterinya ketika sedang hamil ialah harus, tidak haram dan tidak makruh.

"Talak yang jatuh sewaktu isteri sedang hamil di bawah kategori talak yang bukan sunniy dan bukan bid'iyy maka hukumnya adalah harus kerana iddahnya tertakluk kepada kelahiran bayi ini," katanya.

Tambahnya lagi, isteri yang diceraikan ketika sedang hamil berhak untuk mendapatkan segala keperluan yang perlu disediakan oleh pihak suami.

"Dari sudut perundangan, isteri ini layak mendapatkan makanan, pakaian, tempat tinggal dan perbelanjaan lain kerana penceraiannya sama seperti talak rajie," ujarnya.