Scam: Tempoh reman 680 warga China dilanjutkan

Khairul (kiri) bersama Shaharuddin pada sidang media operasi bersepadu hari ini.
Khairul (kiri) bersama Shaharuddin pada sidang media operasi bersepadu hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tempoh tahanan reman 680 warga China yang ditahan dipercayai sindiket Macau Scam dilanjutkan lagi 14 hari.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, perintah lanjutan reman itu berkuat kuasa hari ini.

"Tempoh reman telah tamat semalam dan dilanjutkan lagi 14 hari kerana melibatkan jumlah yang ramai iaitu 680 orang," katanya.

Menurutnya, pihaknya sedang mengenal pasti penglibatan warga China tersebut.

"Siasatan masih dijalankan mengikut Akta Imigresen dan pihak kami belum dapat mengenal pasti sama ada mereka terlibat dengan Macau Scam atau sebaliknya," katanya pada sidang media operasi khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Imigresen di Ibu Pejabat JPJ di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media tersebut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid.

Pada 20 November lalu, Imigresen menahan mereka dalam serbuan di sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya.

Dalam serbuan jam 11 pagi itu, seramai 680 warga negara China termasuk 77 wanita masing-masing berusia antara 19 hingga 35 tahun ditahan.

Artikel Berkaitan:

Operasi dilakukan dengan kekuatan 150 pegawai penguat kuasa dan turut merampas 8,230 telefon bimbit, 174 komputer riba dan 787 komputer peribadi.

Sementara itu mengulas mengenai jumlah pelancong China sebanyak 23 peratus atau 18,341 yang belum meninggalkan negara, beliau berkata, isu teknikal yang melibatkan kelemahan sistem menyebabkan wujudnya perbezaan angka dengan Jabatan Audit Negara.

"Ada kemungkinan juga mereka ini adalah pemegang pas lawatan sosial jangka panjang contohnya isteri atau suami kepada warga tempatan, mungkin pelajar, mungkin juga pekerja, mungkin juga ekspatriat," katanya.

Menurutnya, Imigresen sedang mengkaji secara mendalam berhubung perkara itu.

"Seperti mana saya maklum, pihak kami akan mengadakan pertemuan semula dengan Jabatan Audit Negara selepas ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Scam: Imigresen tahan 680 warganegara China