Polis terima laporan polis terhadap Raja Petra

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul mengesahkan menerima laporan polis mengenai penulisan Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin tong merancang membawa masuk abu mayat Chin Peng.

Ketua Polis Daerah Sentul, S Shanmugamoorthy Chinnah berkata, laporan diterima pada jam 10.45 pagi tadi.

"Pegawai Khas (Media) kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Izmil Amri Ismail telah membaca satu tulisan mengenai tuduhan fitnah itu di laman sebuah portal berita ketika beliau berada di lobi Parlimen pada jam 9 pagi tadi," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Shanmugamoorthy berkata, tulisan tersebut antara lain juga menyebut idea menyeludup abu mayat itu ke Malaysia dirancang beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

"Tujuan pengadu membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut polis," katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: