X

Kindly register in order to view this article
!

Angkasa galak jaringan kerjasama koperasi

Abdul Rahman (lima dari kiri) dan warga UPNM bergambar di ruangan Sinar Harian.
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (Angkasa) mengalu-alukan jaringan kerjasama antara koperasi untuk membantu meluaskan hubungan perniagaan dengan lebih baik.

Naib Presiden Angkasa, Profesor Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, ahli koperasi akan memperolehi pelbagai manfaat yang dapat meningkatkan perniagaan sedia ada mereka.

"Dengan menjadi ahli koperasi, mereka dapat menambah baik perniagaan melalui bantuan dari segi latihan, pemasaran, strategi berniaga dan meningkatkan penarafan sesebuah koperasi.

"Peniaga boleh menjadi ahli dengan menjadikan koperasi sebagai landasan sekali gus mengembangkan perniagaan mereka dengan cara tersendiri dan melalui gabungan koperasi," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman menzahirkan tanda penghargaan kepada kerajaan kerana menerima cadangan Angkasa untuk melaksanakan projek kos sara hidup iaitu Barangan Asas 100 (BA 100).

"Angkasa ucapkan terima kasih kerana kerajaan telah memilih projek BA 100 untuk membantu masyarakat dalam menangani masalah kos sara hidup.

"Angkasa akan turut serta memainkan peranan dalam membantu kerajaan bersama SKM ( Suruhanjaya Koperasi Malaysia) untuk mendapatkan sumber barangan dengan harga yang berpatutan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat kunjungan ke Kumpulan Media Karangkraf bersama 63 orang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Beliau yang juga pensyarah di UPNM berkata, tujuan lawatan ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam memperolehi ilmu tambahan berkaitan bidang kewartawanan dan media cetak yang lebih luas.

"Pelajar boleh melihat sendiri bagaimana kerjaya seorang wartawan ketika membuat tugasan sama ada dalam bidang media cetak atau media digital," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!