Lelaki misteri pulangkan meriam curi selepas 30 tahun

Meriam yang dicuri dipulangkan ke tempat asal selepas lebih 30 tahun.
Meriam yang dicuri dipulangkan ke tempat asal selepas lebih 30 tahun.
A
A
A

LINCOLNSHIRE - Selaras meriam abad ke-19 yang dicuri dari sebuah dewan di Tealby, England akhirnya dipulangkan selepas 30 tahun.

Sejak meriam seberat lebih 181 kilogram itu lenyap secara tiba-tiba dari Tealby Village Hall pada tahun 1989, penduduk di kampung berkenaan telah membuat pelbagai spekulasi mengenai kehilangan misteri itu.

Bagaimanapun minggu lalu, ia pulang ke tempat asalnya bersama sepucuk surat daripada seseorang yang mengaku terlibat dalam rompakan itu dan menjelaskan mengapa mereka memutuskan untuk memulangkan hasil curian selepas lebih tiga dekad.

"Kira-kira 30 tahun lalu, saya terlibat dalam perbuatan memalukan. Satu-satunya jenayah yang pernah saya lakukan adalah membantu beberapa rakan mencuri meriam di kampung ini.

"Menjadi sebahagian daripada rompakan sangat mengganggu saya sejak itu. Tolong terima permohonan maaf saya," menurut surat tersebut.

Tambah penulis yang tidak diketahui identitinya, rakannya membawa meriam itu di belakang sebuah trak sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, baru-baru ini rakannya itu meninggal dunia dan menyerahkan sepucuk pistol kepada isterinya.

"Saya merayu kepada isterinya supaya saya dapat pulangkan pistol itu ke tempat asal, itu yang saya sedang lakukan," tulis surat itu lagi.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, meriam dan pistol berkenaan diberikan oleh keluarga Tennyson D'Eyncourt sebagai memperingati anak-anak mereka yang terkorban semasa Perang Dunia Pertama. - Agensi

Pencuri misteri turut meninggalkan sepucuk surat permohonan maaf.
Pencuri misteri turut meninggalkan sepucuk surat permohonan maaf.