Faizul tetap dijulang wira Malaysia

Faizul terbaring selepas terkena tendangan Dumaan pada pusingan kedua Kelas Putra B (50-55kg) acara pencak silat Sukan SEA 2019 hari ini.
Faizul terbaring selepas terkena tendangan Dumaan pada pusingan kedua Kelas Putra B (50-55kg) acara pencak silat Sukan SEA 2019 hari ini.
A
A
A

PESILAT elit, Muhammad Faizul M Nasir tetap dianggap wira Malaysia sekalipun gagal menyumbang emas setelah mengalami kecederaan pada bahagian muka ketika berdepan pesilat Filipina, Dines Dumaan pada pusingan kedua Kelas Putra B (50-55kg) acara pencak silat Sukan SEA 2019.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim berkata, ketika beliau bersama Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia, Nurul Huda Abdullah dan beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) melawat Faizul di Medical City, Clark petang tadi, Faizul jelas kecewa dengan kejadian yang menimpanya itu.

"Apabila saya melawat beliau di hospital, Faizul sebak dan kesal tidak dapat menyumbang pingat emas kepada negara. Saya memberitahu Faizul, beliau sudahpun seorang wira di mata kita. Saya yakin rakyat Malaysia turut akan berasa bangga dengan usaha dan prestasi beliau selama ini," katanya.

Pesilat kelahiran Petaling Jaya itu yang merupakan juara bertahan acara berkenaan, dilaporkan terkena tendangan Dines pada bahagian muka sewaktu cuba menjatuhkan pesilat tuan rumah itu pada aksi di Pusat Konvensyen dan Pameran Subic.

Dumaan diisytiharkan sebagai pemenang dengan keputusan 5-0, sekali gus menyaksikan Faizul gagal mempertahankan emas yang dimenangi pada edisi 2015 di Singapura, serta Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Tindakan lewat oleh sekretariat pertandingan untuk memberikan bantuan perubatan segera kepada Muhammad Faizul, jelas mengundang kemarahan jurulatih silat tanding negara, Mazlan Saari.

“Setakat ini Faizul sudah menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan beliau kini sudah sedarkan diri serta berada dalam keadaan stabil.

“Bagaimanapun, hospital memaklumkan bahawa beliau masih perlu berada di bawah pemerhatian doktor. Saya sudah berbincang dengan Dr Victor, pegawai kluster perubatan pihak penganjur Sukan SEA Manila dan menegaskan bahawa Faizul mesti mendapat khidmat perubatan terbaik di sini.

Artikel Berkaitan:

“Ayuh kita semua doakan kesembuhan buat Faizul,” jelas Steven lagi.