Banjir di Terengganu makin pulih

Sebuah rumah di Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu ditenggelami air banjir.
Sebuah rumah di Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu ditenggelami air banjir.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih dengan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Kemaman ditutup sepenuhnya berikutan cuaca baik hari ini.

Sehingga jam 7 malam tadi, Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan 50 pusat pemindahan sementara di tujuh daerah masih dibuka bagi menempatkan 2,200 mangsa melibatkan 596 keluarga berbanding 4,812 mangsa pagi tadi.

Daerah Besut mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 958 orang di 23 pusat pemindahan diikuti Kuala Nerus (333 orang), Setiu (321 orang), Hulu Terengganu (279 orang), Dungun (208 orang) dan Kuala Terengganu seramai 67 orang.

Banjir makin pulih.
Banjir makin pulih.

Di Marang, hanya sebuah pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek bagi menempatkan 34 mangsa dari tujuh buah keluarga.

Portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu pula melaporkan dua sungai utama masih mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu.

Empat sungai lagi mencatatkan paras waspada iaitu Sungai Setiu di Kampung Besut, Setiu, jambatan Permaisuri, Setiu, sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu.

Artikel Berkaitan: