Pelakon Cha In Ha meninggal dunia

Cha In Ha
Cha In Ha
A
A
A

BELUM reda kematian rakan baik juga selebriti Korea Selatan, Sulli dan Goo Hara, hari ini dikejutkan pemergian pelakon lelaki, Cha In Ha ditemui meninggal dunia di rumahnya hari ini.

Agensi syarikat pengurusannya iaitu Fantagio mengesahkan kematian anggota kumpulan Suprise U.

Bagaimanapun, butir terperinci tentang kematian selebriti berusia 27 tahun belum didedahkan kepada umum.

Menerusi laman Twitter, peminat mula membanjiri dan meratapi kematian artis dari filem You, Deep Inside of Me.

Mereka juga mengucapkan takziah dan tidak akan melupakan aktor berbakat besar yang mulakan karier seni pada 2017 dan mewarnai dunia pefileman dan drama.

Memetik laporan Soompi, antara wataknya dalam drama seperti Temperature of Love, The Banker, Wok of Love dan Clean with Passion for Now.

Terbaharu lakonannya, drama Love with Flaws telah ditanyakan pada 27 November lalu.



Artikel Berkaitan: