Zionis geledah rumah keluarga tahanan Palestin

Sami Abu Diyak menjadi tahanan kelima Palestin yang meninggal dunia di penjara tahun ini. -Foto Agensi
Sami Abu Diyak menjadi tahanan kelima Palestin yang meninggal dunia di penjara tahun ini. -Foto Agensi
A
A
A

RAMALLAH - Tentera rejim Zionis menggeledah rumah keluarga seorang tahanan Palestin yang meninggal dunia akibat kanser di penjara Israel kelmarin selain turut menahan saudara lelakinya.

Dalam serbuan di perkampungan Silat al-Dahr di utara Tebing Barat itu, seluruh ahli keluarga Allahyarham Sami Abu Diyak turut dikasari dan dikurung dalam sebuah bilik selepas disoal siasat.

"Mereka menahan abang saya, Salah secara paksa dan mereka juga tidak memberi alasan munasabah ketika ditanya mengapa rumah kami digeledah," kata Ragheb Abu Diyak.

Sami meninggal dunia di penjara Israel akibat menderita barah pada 26 November lalu.

Dia ditahan pada 2002 ketika gerakan Intifada Kedua di Palestin selepas didakwa kononnya membunuh tiga individu.

Meskipun sudah meninggal dunia, Israel masih menahan jenazah Sami dan enggan memulangkannya kepada keluarganya untuk dikebumikan secara sempurna. - Agensi

Artikel Berkaitan: