X

Kindly register in order to view this article
!

Banjir di Rantau Panjang beransur pulih

Gerai makanan ringan tetap laku walaupun ada peniaga yang berniaga dalam keadaan kaki digenangi air sehingga paras betis.
A
A

RANTAU PANJANG – Banjir di daerah Rantau Panjang beransur pulih apabila beberapa jalan utama menghala ke pekan itu sudah boleh dilalui kenderaan ringan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata penduduk di kawasan berhampiran pekan utama sudah mula pulang ke rumah untuk melihat keadaan semasa kediaman masing-masing.

Bagaimanapun mereka masih lagi tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di jajahan itu memandangkan air masih lagi belum surut sepenuhnya.

Kawasan pekan utama Rantau Panjang masih lagi belum beroperasi sepenuhnya walaupun ada peniaga makanan ringan tetap tidak berganjak untuk mencari sumber rezeki pada musim bah kali ini.

Walaupun kanak-kanak mengambil peluang untuk berpesta air, namun keselamatan mereka tetap menjadi keutamaan ibu bapa dan ada di antara mereka yang menggunakan jaket keselamatan walaupun bermain di tempat cetek.

Sehingga jam 5 petang ini, mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di Pasir Mas adalah seramai 8,726 melibatkan 3,404 jumlah keluarga.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus