Mangsa banjir teruja jumpa Wan Azizah

Che Muji
Che Muji
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang mangsa banjir teruja bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di Rantau Panjang hari ini.

Che Muji Ismail, 46, yang dipindahkan ke PPS itu sejak semalam berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang melihat pemimpin kedua negara itu kerana sebelum ini hanya menontonnya di televisyen sahaja.

"Walaupun dalam keadaan macam ini, saya tetap teruja mahu berjumpa Dr Wan Azizah. Sebelum ini hanya tengok di televisyen sahaja.

"Saya diberitahu Dr Wan Azizah akan datang. Tak sabar nak jumpa. Saya harap menteri dapat bantu kami apa yang patut dalam keadaan macam ini," katanya.

Sufian memangku anak keduanya yang baru berusia sebulan.
Sufian memangku anak keduanya yang baru berusia sebulan.

Che Muji berkata, dia berpindah ke pusat berkenaan selepas kediamannya dinaiki air sehingga 0. 5 meter.

Seramai 809 mangsa melibatkan 463 keluarga kini ditempatkan di PPS tersebut.

Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Banggol Kulim, Kubang Kedepel, pekan Rantau Panjang, Taman Rantau Emas, Kampung Gertak Anak Buaya, Kampung Tasik dan sekitar ini.

Artikel Berkaitan:

Lawatan Wan Azizah itu turut diiringi Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Mokhtar Mohd Abd Rahman; Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi.