Bersatu Terengganu terima 5,142 ahli baharu

Razali (tiga, kiri) merakam gambar bersama Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sempena lawatan kerja dan perasmian pejabat Bersatu Terengganu, di sini.
Razali (tiga, kiri) merakam gambar bersama Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sempena lawatan kerja dan perasmian pejabat Bersatu Terengganu, di sini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bersatu Terengganu menerima seramai 5,142 keahlian baharu di seluruh negeri dalam tempoh tiga bulan terakhir, tahun lalu.

Pengerusi Bersatu Terengganu, Senator Datuk Razali Idris berkata, kebanyakan mereka terdiri dalam kalangan anak muda dan bekas ahli Umno.

"Kebanyakan yang menyertai Bersatu kali ini adalah golongan muda yang tidak pernah menyertai mana-mana parti.

"Selain itu, kita juga menerima penyertaan dalam kalangan bekas ahli Umno," katanya.

Menurut Razali, kemasukan ahli baharu dalam Bersatu menunjukkan trend peningkatan dengan seramai 2,600 ahli dalam tempoh tiga bulan selepas PRU14.

Katanya, berdasarkan perkembangan positif itu, beliau menjangka Bersatu Terengganu akan terus menerima keahlian yang lebih ramai selepas ini.

"Pada 2019, kita sasarkan seramai 50,000 ahli baharu dengan anggaran 10,000 ahli pada suku pertama tahun ini," katanya.

Artikel Berkaitan: