X

Kindly register in order to view this article
!

Anak sengaja gores kereta paksa bapa beli kereta idamannya

Aksi Ji tular di laman sosial.
A
A

SHANGRAO - Seorang lelaki sanggup menggores pintu belakang kereta yang dipamerkan di bilik pameran kenderaan berkenaan untuk memaksa bapanya membeli kereta idamannya itu.

Lelaki berkenaan percaya bapanya akan membeli kenderaan itu sebagai ganti rugi kerana kerosakan itu.

Kejadian yang berlaku di bilik pameran kereta di bandar Shangrao, Jiangxi mendapat perhatian netizen setelah aksi Ji Moubing melalui Kamera Litar Tertutup (CCTV) itu dimuat naik di Pear Video dan tular di laman sosial.

Memetik World off Buzz, Ji Moubing berusia 22 dipercayai berkunjung di bilik pameran itu bersama rakannya.

Ji kemudiannya sangat meminati sebuah kereta mewah berwarna biru dan terus memaklumkan kepada jurujual untuk membelinya dengan alasan bapanya akan menghadiahkan kereta itu selepas memiliki lesen memandu.

Bagaimanapun jurujual berkenaan menghubungi bapa Moubing dan memaklumkan permintaan itu ditolak.

Berang dengan tindakan bapanya, Moubing menghampiri kereta mewah itu dan menggores pintu belakang kereta.

Panik melihat tindakan tersebut, jurujual menghubungi polis dan Moubing ditahan bagi membantu siasatan.

Polis berkata, Moubing mahu membeli kereta itu tetapi bapanya tidak bersetuju untuk membayarnya.

"Untuk memaksa bapanya membeli kereta, Ji sengaja menggores kereta itu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus