Taufan Kammuri: Lapangan Terbang Antarabangsa Manila ditutup

Lapangan Terbang Antarabangsa Manila
Lapangan Terbang Antarabangsa Manila
A
A
A
HANOI - Pihak berkuasa Filipina mengumumkan Lapangan Terbang Antarabangsa di ibu kota Manila akan ditutup sementara hari ini susulan ancaman taufan kuat Kammuri, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Ed Monreal, Pengurus Besar Pihak Berkuasa Lapangan Terbang antarabangsa Manila berkata, lapangan terbang itu akan ditutup mulai jam 11 pagi hingga 11 malam pada Selasa (waktu Filipina).

Taufan Kammuri diramal melanda Filipina hari ini dengan kelajuan angin mencecah 162 kilometer sejam.

Ia merupakan taufan ke-20 yang melanda Filipina tahun ini. - Bernama
Artikel Berkaitan: