TUDM lakukan penerbangan ihsan bawa warga emas digigit lipan

Ahmad yang mengalami serangan jantung dan terkena gigitan lipan diterbangkan oleh pesawat EC725AP dari Padang Bola FELCRA Keruak ke Pangkalan Udara Gong Kedak kira-kira jam 3.14 pagi tadi. - Foto ihsan TUDM

A
A
A

BESUT - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang warga emas dari Hulu Besut yang terkandas banjir mendapatkan rawatan segera di Hospital Jerteh, hari ini.

Ahmad Nizal, 77, yang mengalami serangan jantung dan terkena gigitan lipan diterbangkan oleh pesawat EC725AP dari Padang Bola FELCRA Keruak ke Pangkalan Udara Gong Kedak kira-kira jam 3.14 pagi tadi.

TUDM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pesawat telah dikendalikan Mejar Nor Ismazairee Ismail TUDM dan pembantunya Kapten Mohammad Fais Abdul Halim TUDM serta dua anggota Kuartermaster Udara (AQM) dan empat anggota Search & Rescue (SAR).

Turut serta dalam penerbangan tersebut adalah Pegawai Perubatan Angkatan Tentera, Mejar (Dr) Muhammad Fitri Daud bersama seorang staf perubatan.

Penerbangan Mercy Flight/Ops Murni yang dilaksanakan pagi tadi merupakan kali keempat oleh TUDM setelah bencana banjir melanda di sekitar daerah Besut.

Mangsa dibawa ke Hospital Jerteh dengan ambulans sebaik tiba Pangkalan Udara Gong Kedak. - Foto ihsan TUDM
Mangsa dibawa ke Hospital Jerteh dengan ambulans sebaik tiba Pangkalan Udara Gong Kedak. - Foto ihsan TUDM

Artikel Berkaitan: