Hina Sultan Muhammad V: SKMM, PDRM mesti tegas bertindak

Sultan Muhammad V
Sultan Muhammad V
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbuatan menghina dan melemparkan komen negatif terhadap Sultan Muhammad V tidak boleh dipandang ringan, sebaliknya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajar bertindak tegas mengesan individu-individu terbabit.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, SKMM dan PDRM perlu sentiasa memantau komen dan status di media sosial agar kandungan tulisan yang dimuat naik tiada unsur hinaan melampau bukan sahaja terhadap Sultan Muhammad V termasuk Islam dan juga agama lain.

“Sekarang ini kita harapkan SKMM dan PDRM ambil tindakan tegas terhadap siaran di media-media sosial, supaya netizen tidak lagi bertindak melampau dan keterlaluan dalam setiap tulisan yang dikongsi.

“Tindakan tegas ini bukan saja sebab telah wujud penghinaan terhadap Sultan Muhammad V, malah termasuk penghinaan terhadap agama Islam dan juga agama lain.

“Kita kena jaga keharmonian kaum dan agama dengan baik. Sebab itu SKMM dan PDRM tidak boleh membiarkan perkara seperti ini berlaku lagi,kesejahteraan rakyat harus dipelihara,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pemangku Presidenn Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan menghina dan memperlekeh bekas Yang diPertuan Agong adalah satu perbuatan yang tidak boleh dianggap remeh.

“Tangkap saja individu tak bertanggungjawab seperti itu, jangan bagi muka,” tegasnya.

Terdahulu,komen individu yang menggunakan nama Eric Liew itu dibuat dalam satu hantaran di Facebook yang secara jelas menghina Sultan Muhammad V, tular di media sosial dan mendapat kritikan hebat daripada warganet.

Artikel Berkaitan: