Banjir: Pas gerakkan jentera sukarelawan

 Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

SHAH ALAM - Bencana banjir yang kini melanda beberapa buah negeri turut menarik keprihatinan Pas untuk tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Menerusi status Facebook dimuat naik hari ini, Presiden Pas, Datuk Seri Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan Pas telah mengarahkan seluruh anggota, agensi badan sukarela dan badan di bawah parti berkenaan seperti Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia atau Khidmat Malaysia, Jabatan Amal serta Briged Muslimat menyelaras bantuan bencana di seluruh negara.

"Pas menyeru pihak kerajaan, agensi penyelamat dan semua penduduk yang terjejas dengan bencana banjir supaya mengambil langkah keselamatan dan berwaspada bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

"Patuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak keselamatan dari semasa ke semasa bagi mempermudahkan urusan pemindahan mangsa banjir, menyelamat dan seumpamanya," katanya

Tambah beliau, Pas turut mengajak semua pihak untuk segera menghulurkan bantuan kebajikan kepada mangsa banjir sebagai tanda prihatin terhadap musibah yang menimpa dan utamakan keselamatan serta kebajikan.

Artikel Berkaitan: