RM194,555 dari Parlimen Tebrau untuk tambah baik kemudahan HSI

Choong Shiau (kiri) menyerahkan bantuan kepada Khairul di lobi HSI di sini.
Choong Shiau (kiri) menyerahkan bantuan kepada Khairul di lobi HSI di sini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bantuan sebanyak RM194,555 dari Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tebrau diserahkan kepada Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi menambah baik kemudahan awam di hospital itu.

Ahli Parlimennya, Steven Choong Shiau berkata, inisiatif itu turut membabitkan sumbangan bagi membeli kelengkapan baharu khusus bagi keselesaan pengunjung hospital.

“Selain itu, peruntukkan akan digunakan bagi kerja baik pulih tempat letak motosikal awam dan parkir tambahan.

“Kemudahan tandas wad-wad pesakit dari tingkat dua hingga tingkat 10 hospital turut akan dibaiki. Selain itu, pembelian aset dan kemudahan asas akan ditambah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Choong Shiau menyampaikan replika cek kepada Timbalan Pengarah HSI, Dr Khairul Rizal Othman, di Lobi HSI di sini.

Choong Shiau berharap sumbangan yang diberikan itu akan memudahkan lagi urusan pesakit di HSI.

“Kita faham kepentingan hospital awam di negara ini, tidak dinafikan hospital juga adalah nadi kepada kehidupan rakyat dan untuk itu, kita akan terus membantu menjadikan ia sebagai kemudahan awam yang terbaik," katanya.

Artikel Berkaitan: