Warga emas maut bertembung treler

Muhammad Hanif
Muhammad Hanif
A
A
A

SITIAWAN - Seorang lelaki warga emas maut selepas basikal dinaikinya hilang kawalan sebelum dirempuh sebuah lori treler di KM20 Jalan Sitiawan - Teluk Intan berhampiran Batu 12, Lekir, di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa Nayan Abdullah, 73, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

"Kejadian berlaku sekitar jam 8.45 pagi di KM20 Jalan Sitiawan - Teluk Intan di mana sebuah lori treler dari arah Lekir sedang menghala ke Sitiawan, manakala lelaki warga emas pula mengayuh basikal dari bahu jalan sebelah kiri dalam keadaan melawan arus.

"Ketika melalui lokasi kejadian, basikal dikayuh warga emas berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan sah lori berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, akibat terlalu dekat pemandu lori treler tersebut tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian hadapan hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah.

"Mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Bedah siasat dijalankan mendapati mangsa meninggal dunia kerana beberapa kecederaan di kepala dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: