PPS pertama Johor dibuka di Batu Pahat

Mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Agama Seri Comel Batu Pahat pagi tadi.
Mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Agama Seri Comel Batu Pahat pagi tadi.
A
A
A

BATU PAHAT - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Seri Comel, Mukim Empat Simpang Kiri menjadi pusat pemindahan pertama dibuka di Johor akibat hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Berdasarkan laporan terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah ( JPBD) Batu Pahat, seramai 54 mangsa banjir daripada 13 buah keluarga dipindahkan sehingga jam 8 pagi tadi.

Hujan lebat kira- kira jam 3.45 petang semalam yang berlarutan melebihi dua jam dipercayai menjadi punca berlakunya banjir di tiga buah kampung iaitu Parit Betong, Parit Abdul Hadi dan Parit Ju.

Keadaan cuaca pada pagi ini di kawasan terlibat bencana banjir dalam keadaan terkawal dengan paras air dalam keadaan 'termenung'.

Artikel Berkaitan: