KBS akan banyakkan program dialog di kawasan luar bandar

Syed Saddiq menyampaikan ceramah sempena Program Townhall Belia Negeri Sabah anjuran Armada Sabah di Dewan Wawasan Kampung Pimping Membakut hari ini. - Foto: Bernama
Syed Saddiq menyampaikan ceramah sempena Program Townhall Belia Negeri Sabah anjuran Armada Sabah di Dewan Wawasan Kampung Pimping Membakut hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

PAPAR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan lebih banyak program dialog atau sesi Townhall khususnya di kawasan luar bandar bagi mengenal pasti permasalahan yang dihadapi anak-anak muda di kawasan berkenaan.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, penganjuran sesi dialog bersama anak muda di kawasan masing-masing dapat memastikan permasalahan yang dihadapi di kawasan berkenaan benar-benar difahami.

“Secara lazimnya sesi dialog atau townhall ini diadakan di kawasan bandar atau di universiti. Namun saya rasa program ini lebih baik diadakan di kawasan luar bandar agar kita sendiri mengetahui situasi di kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas program townhall bersama golongan muda di Kimanis dekat sini hari ini.

“Kehendak anak-anak muda adalah berlainan mengikut kawasan....oleh itu pendekatan turun padang adalah yang terbaik untuk menyelesaikan isu anak muda.

"Zaman di mana kita hanya merancang di dalam pejabat berhawa dingin sudah berakhir,” katanya.

Syed Saddiq berkata, sesi townhall berkenaan adalah kali ketiga diadakan di Sabah selepas di Keningau dan Ranau. - Bernama

Artikel Berkaitan: