Mat rempit masuk perangkap

Kira-kira 20 penunggang motosikal terperangkap antara pagar dan longkang kita cuba meloloskan melalui bahagian belakang sebuah hotel.
Kira-kira 20 penunggang motosikal terperangkap antara pagar dan longkang kita cuba meloloskan melalui bahagian belakang sebuah hotel.
A
A
A

SHAH ALAM - Usaha sekumpulan lelaki dipercayai mat rempit cuba meloloskan diri bagi mengelak ditahan hanya sia-sia apabila mereka terperangkap di sebalik pagar belakang sebuah hotel di Dataran Kemerdekaan Shah Alam awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Asisten Superintendan Akmal Rabiatun Zaini berkata, seramai 350 orang diperiksa melibatkan 250 buah motosikal dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan berkenaan.

Pemeriksaan sedang dijalankan oleh anggota bertugas.
Pemeriksaan sedang dijalankan oleh anggota bertugas.

"Kesalahan paling banyak direkodkan daripada 172 saman yang dikeluarkan ialah tidak memiliki lesen memandu manakala selebihnya melibatkan pengubahsuaian ekzos untuk berlumba.

"Sebanyak 76 buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan kesalahan antaranya tiada nombor pendaftaran, tiada cermin sisi dan menggunakan motosikal curi," katanya

Motosikal yang disita kerana melakukan pengubahsuaian.
Motosikal yang disita kerana melakukan pengubahsuaian.

Menurutnya, selain remaja yang dipercayai memiliki motosikal curi, dua penunggang motosikal warga Indonesia turut ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan lesen memandu.

"Kedua-dua lelaki berusia 28 tahun berasal dari Madura itu ditahan kerana melakukan modifikasi ketara pada motosikal.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-duanya hanya menunjukkan sijil beranak ketika diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri," katanya.