X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor kaji gilir tanaman padi kepada jagung

Izham (dari dari kiri) merasai sendiri kuih tradisional etnik Banjar iaitu 'kalkata' pada program Sukaneka D' Bendang Sungai Burong di Tali Air 3 Ban 1 hari ini.
A
A

TANJONG KARANG - Kerajaan negeri bersedia mengkaji tanaman jagung bijirin dijadikan tanaman giliran bagi menggantikan padi terutama di kawasan tanah yang selalu diserang penyakit.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, terdapat beberapa kawasan di Sabak Bernam yang tidak lagi subur bagi tanaman padi mula melaksanakan kaedah terbabit di samping tanaman kontan lain.

"Apabila habis satu atau dua musim (tanaman jagung bijirin), kita meminta pesawah menukar semula kepada tanaman padi," katanya pada program Sukaneka D' Bendang Sungai Burong di Tali Air 3 Ban 1 di sini hari ini.

"Terbukti dalam sains pertanian apabila kita bertukar jenis tanaman, tanah menjadi lebih subur dan boleh menghentikan penyakit kerana serangannya tidak sama pada pokok yang berbeza," katanya.

Menurutnya, usaha itu diharap mampu membantu menambah pendapatan pesawah dan kesuburan tanah selain menghalang serangan penyakit selain mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan import.

"Setiap tahun kita terpaksa mengimport RM3 bilion jagung bijirin. Ini bermakna kalau kita tanam sebahagian sahaja di kawasan sawah sudah mencukupi bagi mengimbangi permintaan import.

"Kita telah menanam jagung bijirin di Sungai Tengi dan menunjukkan hasil memberangsangkan apabila hanya mengeluarkan kos RM500 satu tan berbanding import RM1,000 satu tan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!