Ceramah Mufti Wilayah Persekutuan di Spotify

Mufti Wilayah Persekutuan telah memasukkan tujuh rakaman sejak semalam dan hari ini.
Mufti Wilayah Persekutuan telah memasukkan tujuh rakaman sejak semalam dan hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pendekatan digunakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan memasukkan ceramah melalui akaun Spotify menerima reaksi positif daripada warganet.

Perkara tersebut telah dikongsi sendiri oleh Zulkifli di akaun rasmi Twitternya menyeru orang ramai memuat turun Spotify dan mengikuti beliau untuk mendapatkan info mengenai Islam serta isu-isu dan persoalan tentang agama.

"Mufti Wilayah Persekutuan kini di Spotify. Muat turun aplikasi Spotify di Google Play Store dan App Store untuk mendengar audio kuliah terus ke telefon pintar anda. Klik https://spoti.fi/2QWgUBQ untuk follow," tulisnya.

Melalui semakan Sinar Harian, Mufti Wilayah Persekutuan itu telah memasukkan sebanyak tujuh rakaman dalam tempoh dua hari bermula semalam.

Antara reaksi netizen yang menyambut positif usaha dilakukan Zulkifli.
Antara reaksi netizen yang menyambut positif usaha dilakukan Zulkifli.

Perkongsian tersebut kini tular di media sosial yang meraih 2,900 ulang kicau, sebanyak 3,200 tanda suka dan rata-rata netizen menganggap ia adalah waktu yang tepat untuk melanggan Spotify.

"Terbaik apa yang telah dilakukan oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Terima kasih Datuk Seri, berbangga pula nak muat turun Spotify sebab selalu Spotify ini untuk dengar lagu sahaja tapi kali ini boleh dengar ceramah nasihat daripada Datuk Seri," tulis Khidir Ahmad di Twitter.

Munir Daud pula memberitahu, "Tahniah Dr Zulkifli atas usaha yang anda lakukan dalam menyebarkan Islam dan memberi kesedaran kepada umat Islam. Lepas ini senanglah kalau saya nak dengar nasihat. Boleh sahaja buka Spotify."

Artikel Berkaitan: