Giliran Jambus tinggalkan pentas MLM2019

Perjuangan Jambus terhenti pada minggu kelima MLM 2019 - FOTO: Instagram Jambus Official.
Perjuangan Jambus terhenti pada minggu kelima MLM 2019 - FOTO: Instagram Jambus Official.
A
A
A
MAHARAJA Lawak Mega 2019 (MLM2019) minggu kelima yang bersiaran langsung dari Royal Theatre Shah Alam, malam tadi menyaksikan kejutan apabila kumpulan Jambus diumumkan tersingkir.

Kumpulan yang dianggotai oleh Tauke dan Tapai Kiut itu terpaksa akur dengan keputusan penyingkiran apabila persembahan yang ditampilkan pada minggu bertemakan kerjaya ini kurang menyengat sehingga meletakkan mereka pada kedudukan tercorot.

Tiga lagi peserta yang turut berada pada kedudukan terbawah ialah Rojak, Puteh dan Rahmet. Namun mereka masih terselamat dan akan meneruskan persaingan pada minggu keenam bersama J-Born, Bocey, Zero, Smart, Rare dan Stone.

Sementara itu kumpulan Smart terus mengungguli anugerah Oppo Punchline Machine apabila sekali lagi terpilih sebagai pemenang. Manakalan Rare pula diumumkan sebagai Flamintoz Kumpulan Paling Syok menerusi persembahan mantap yang memikat hati barisan juri.

Kesemua peserta diadili barisan juri tetap yang terdiri daripada Najib Ali, Inul Daratista, Lisa Surihani dan Datuk Jamal Abdillah.

MLM 2019 menggabungkan pelawak daripada Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, bersama-sama berentap untuk merebut gelaran Juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.

Program yang menampilkan Datuk AC Mizal sebagai hos itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124) pada setiap Jumaat bermula 1 November lalu.

Artikel Berkaitan: