Ibu Nurul Ainul Mardhiah sila tampil

Nurul Ainul Mardhiah
Nurul Ainul Mardhiah
A
A
A

KUALA SELANGOR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor mengesan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun bagi urusan penjagaan.

Menurut kenyataan JKM, ibu kanak-kanak itu, Mazsuzalita Mastuki, 41, beralamat terakhir di Kampung Parit 4, Sungai Burung, Sekinchan.

"Ibu kandung didapati telah berpindah dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini," katanya.

JKM memaklumkan, kanak-kanak itu, Nurul Ainul Mardhiah dirujuk kepada Pelindung Daerah Kuala Selangor oleh Pegawai Perubatan Hospital Tanjong Karang untuk pemeliharaan dan perlindungan pada November 2017.

"Kanak-kanak itu kini di bawah jagaan JKM di Rumah Kanak-Kanak Kuala Kangsar, Perak," katanya.

Sehubungan itu, ibu kandung diminta tampil atau menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor, Abdul Hamid Abdul Majid di talian 03-32891495.

Artikel Berkaitan: