X

Kindly register in order to view this article
!

Lapan minit ta'khir solat Subuh

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
A
A

SHAH ALAM - Wilayah-Wilayah Persekutuan melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan perlu menta’khirkan (melewatkan) azan Subuh selama lapan minit daripada takwim solat Wilayah Persekutuan sedia ada mulai esok.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, pertambahan itu berikutan pertukaran darjah daripada 20 darjah kepada 18 darjah yang melibatkan tempoh masa empat minit.

"Secara dasarnya ia dipersetujui dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 yang berlangsung minggu lalu.

"Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah juga telah memperkenankannya untuk dilaksanakan di Wilayah Persekutuan setelah disyorkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan juga Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu Zulkifli berkata, pihaknya juga akan membahaskan secara khusus berhubung hukum solat Subuh yang telah dilakukan sebelum ini dalam masa yang terdekat.

"Kami akan bahaskan secara khusus berhubung hukum solat Subuh yang telah dilakukan sebelum ini berdasarkan kepada takwim sedia ada.

"Semoga ALLAH SWT mengurniakan kita taufik dan hidayah dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya," katanya.