Dua sungai di Kelantan lepasi paras berjaga-jaga

Keadaan terkini di Sungai Golok, Rantau Panjang.
Keadaan terkini di Sungai Golok, Rantau Panjang.
A
A
A

KOTA BHARU - Paras air bagi dua sungai utama di Kelantan iaitu Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras berjaga-jaga berikutan hujan lebat sejak Rabu lalu.

Berdasarkan portal publicinfobanjir.water.gov.my, sehingga jam 10 pagi tadi Sungai Golok di Jenob berada pada 22.18 meter (m) manakala bacaan paras berjaga-jaga ialah 21.50m.

Bacaan di Sungai Golok, Rantau Panjang pula ialah 7.57m yang mana sudah melepasi paras berjaga-jaga ditetapkan iaitu 7m.

Dalam pada itu, bacaan paras air di lapan sungai melibatkan kawasan Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Puteh juga sudah melepasi paras normal.

Tiga sungai utama di Gua Musang yang melepasi paras normal ialah Sungai Galas di Kampung Lembaga (82.89m), Sungai Lebir di Kuala Koh (63.5m) dan juga Sungai Galas di Limau Kasturi (55.09m).

Di Kuala Krai pula, Sungai Galas di Dabong berada pada paras 28.59m, Sungai Lebir di Tualang (26.30m) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai (18.21m).

Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah juga menunjukkan bacaan melebihi paras normal iaitu 10.22m (normal 10m), manakala Sungai Semerak di Pasir Puteh pula ialah 0.85m (normal 0.40m).

Artikel Berkaitan: